CEMPEDAK GORENG

4 comments





Cempedak goreng

Bahan2nya;
cempedak secukupnya
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil kapur ~ larutkan
garam dan air secukupnya

Cara2nya;
satukan semua bahan,bancuhan tepung tadi agak2 jer,jangan terlalu cair
masukkan cempedak,goreng dalam minyak yang panas..





KUIH KASWI PANDAN

0 comments

KUIH KASWI PANDAN

Bahan2nya;
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 gula pasir
1 cawan santan
1 cawan air pandan ~ daun pandan dlm 5 helai
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur
pewarna hijau ~ jika perlu
kelapa putih ~ gaul sikit garam kukus sekejap utk tahan lama
 

Cara2nya;
blend daun pandan ambil airnya
satukan semua bahan2
kacau serata..tapiskan
sapu sikit minyak pada loyang
tuang bancuhan dalam loyang
panaskan air kukusan
kukuskan selama 1/2 jam hingga masak




AYAM LEMAK CILI API

4 comments

AYAM LEMAK CILI API

selamat petang semua..berselera makan hari ini..x payah lauk lain
masak kampong juga yang sedap..

Resepi; Ayam lemak cili api
Bahan2nya;
sebelah ekor ayam ~ di potong ikut suka
cili api ~ ikut pedas masing2
2 biji bwg besar
4 batang serai
kunyit hidup
semua bahan tu di blend
1 sd kecil serbuk lada hitam
1 kuib ayam
santan pekat
2 helai daun kunyit ~ di siat2
2 biji tomato ~ di belah
perasa, garam secukupnya
Cara2nya;
bersihkan ayam,satukan bhn blend dgn ayam
bubuh dalam periuk,kecutkan dahulu
bila ayam dh separuh masak,masukkan santan
bubuh serbuk lada hitam,kuib,garam secukupnya
bila dh mendidih,bubuh daun kunyit dn tomato
perasakan semua dah Ok padamkan api

# kacaukan santan selalu agar x pecah minyak #


kecutkan ayam dulu




SAMBAL IKAN BILIS TUMBUK

2 comments

SAMBAL IKAN BILIS TUMBUK

aduhhhh bila cerita bak sambal terutama sambal ikan 
bilis..mmg suka sangatttt..yelah dah jadi lauk dari zaman kecil2 lagi..bila arwah mak masak,mesti sambal tu banyak maklum lah kami adik beradik suka.
sekarang nie anak2 lak..kalau masaknya sambal..dok atas dapur lagi mereka dah x sabar nak makan..alahaiiii



wow!!!!!

Resepinya; sambal ikan bilis tumbuk
semangkuk ikan bilis ~ dah di kopek
sesenduk besar cili blend
sebiji bawang besar ~ di tumbuk
sebiji bawang besar ~ untuk tabur
air asam jawa
gula,garam,perasa
Caranya;
mula2 basuh ikan bilis lalu di tumbuk separuh hancur
tumbuk juga bawang,pastu di tumis ke dua bahan tadi
tumis sampai garing,masukkan air asam,perasa secukupnya
bila tengok sambal hampir kering,bubuh bawang kacau2 boleh lah angkat..mudah jerr!

RESEPI IKAN PEKASAM

3 comments

RESEPI IKAN PEKASAM

salam subuh buat kawan2..mula dulu x geti makan ikan pekasam,bila dan berkawan,dah rasa kesedapannya..mula lah tergoda,anak2 pun suka..maknya mula belajar cara membuatnya.


nie rupa proses ikan pekasam yang di gaul bahan perapam..

tengok camne dah rasa x sabar tunggu goreng..wow!!!!

jom tengok resepi:


CARA2 BUAT IKAN PEKASAM ~ Dari Dapur Azmah

BAHAN NYA

ikan ikut suka ~sy guna ikan talapia jer
asam keping
garam kasar
beras~basuh dn goreng tanpa minyak
sedikit gula merah~klu suka

CARA NYA
bersihkan ikan bubuh asam keping dn garam..gaul rata perapkan selama 2 atau 3 hari..boleh letak jer kat luar,tp sy letak dlm peti ais selama 3 hari
selepas tu goreng beras hingga kekuningan..blend beras td dn campur sedikit gula merah,air sikit kacau biar rata..dn gaulkan pd ikan yg telah di perap td..terus simpan semula ikan tu dlm peti ais...tunggu hingga 3 atau seminggu boleh lah di goreng.

RESEPI GORENG PEKASAM
BAHAN2NYA
bawang besar atau bawang merah kecil
cili api boleh juga campur cili merah
perahan air asam limau kasturi
CARA2NYA
ikan di goreng ~ ketepikan
goreng bwg dan cili sampai layu atau garing
masukkan ikan goreng tadi
hancur2kan bubuh perahan air asam
senang jer..


aduhaii berseleraaaaa!!!!!

penambah,penyedap selera makan dengan nasi panas2.pergghhhh!!!!

berbaloi,puas hati bila buat sendiri memandang anak lak suka..biasa saya buat ikan gelama,nie cuba ikan talapia..

LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI

0 comments

LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI

selamat menjamu selera..tentunya kawan2 seronok hari ini cuti banyak lah menu nak masak untuk keluarga..walau apa pun masak sendiri juga yang sedap..kalau malas sekali pun cuma sambal belacan dengan ikan goreng pun dah cukup laju kita makan dengan nasi panas2..lauk nie semalam 19/10/2013 saya buat..line slow sangat baru hari nie nak kongsi..masakan kampong..menu klasik.jommmm


LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI
SUMBER RESEPI: AZMAH TARMIZI
BAHAN2NYA:
1 ikat besar pucuk ubi ~ rebus letak gula dn garam
5 papan petai
1 mangkuk kecil udang ~ tmbh klu suka
cili api ikut pedas sendiri
sebiji bwg besar
sedikit kunyit hidup
3 batang serai
semua bahan tu di blend
2 senduk penuh tempoyak
2 helai daun kunyit ~ mayang halus
santan pekat
garam dn perasa
CARA2NYA
pucuk ubi yg di rebus di potong
satukan semua bhn blend,bubuh tempoyak
bubuh pucuk ubi,petai,udang santan di kacau rata
kacaukan selalu jangan santan pecah minyak
tambah perasa,bubuh daun kunyit
bila kuah dh pekat..tutup api

tengok dalam periuk dah rasa x sabar nak makan alahaiiii!!!!

aduhhhh!!!

anak perempuan siap hirup2 kuahnya..buat pedas sikit.

SUP DAGING

2 comments

SUP DAGING



selamat tengahari dan selamat menjamu selera..hari nie 18/10/2013..daging korban baru hari ini nak masak..suami suruh masak sup,tengok barang2 semua ada..jom.



wow!!!


Resepi Sup Daging  Dari Dapur Azmah
# BAHAN2nya
# 1/2 kg daging
# 4 sudu mkn rempah serbuk adabi
# 1 sd mkn rempah kurma
# 2 biji bwg besar
# 4 biji bwg putih
# sedikit halia
# bhn2 tu di blend
# 3 biji kentang ~ di belah
# 2 biji tomato ~ belah 2
# 1 sd mkn perasa cukup rasa
# garam secukupnya
# air secukupnya
# daun sup + bawang goreng ~ utk tabur
# Cara2nya
# rebus dulu daging sampai empuk,tmbh air selagi daging x masak
# bila daging dah lembut,tumis bhn2 blend spai wangi dalam kuali
# masukkan 2 rempah di tumis seketika..bila rempah dh masak masukkan sedikit air,kuib dan garam secukupnya
# tuangkan rempah tadi dalam periuk daging di kacau2 biar rata,masukkan kentang
# bila kentang dh lembut bubuh tomato,daun sup dan bawang goreng

# rempah sup tu saya masak secara berasingan saya panggil tumis darat #


KUIH KASWI

2 comments

KUIH KASWI

salam subuh buat kawan2..terlelebih dulu Al Fatihah buat mak dan abah..arwah mak suka sangat dengan kuih kaswi..kuih lama2 klu buat lembik2 sikit senang nak kunyak katanya..


# Kuih Kaswi # Resepi Dari Azmah Tarmizi..

# Bahannya #

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
4 cwn air
1 sd kecil kapur # larutkan dlm air
1 sd kecil garam
kelapa putih+sikit garam utk kuih # kukus sekejap bagi tk basi

# Caranya #

satukan semua bhn2 td bubuh air kacau serata,tapiskan..sapukan loyang sikit minyak tuangkan adunan td..panaskan periuk kukus,dan boleh lah kukuskan kuih selama 1/2 jam.




baru keluar kukusan


wow!!! x pernah jemu



kuih2 lama juga yang sedap x jemu bahan2 pun mudah..


NASI MINYAK

2 comments


 
NASI MINYAK 

selamat petang dan salam adiladha..Alhamdulillah baru balik hantar anak asrama..sempat singgah semalam tidur kat kampong sempat juga pergi Lumut beli ikan bilis..macam kat Klang x jual..bukan apa suka beli kat Lumut ikan bilisnya masih baru banyak pilihan..
baru ada peluang nak kongsi2 juadah masa raya korban.jom tengok.baru pertama kali mencuba seronok Alhamdulillah menjadi..


Nasi Minyak Dari Dapur Azmah
~ Bahan2nya
7 cawan beras basmati ~ basuh rendam kejap dlm 10 minit
7 cwn air ~ boleh tmbh jika perlu
1/2 tin susu cair
1 senduk penuh margerin
3 senduk penuh minyak jagung
2 biji bawang besar ~ di blend
4 ulas bawang putih ~ di blend
sedikit halia ~ di blend
sedikit bahan tumis,bunga lawang,kulit kayu manis
1 kuib ayam
gula dn garam secukupnya
daun pandan
sedikit pewarna
~ Cara2nya
panaskan margerin,minyak jagung bubuh bahan blend,bhn penumis..di goreng spai wangi
bubuh air secukupnya..masukkan beras
bubuh susu,kuib,perasa dn daun pandan
bila nasi dah hampir masak bubuh pewarna
siap untuk di hidang..




wah suami puas hati katanya sedappp!!!


nie lah lauk yang paling keluarga suka terutama anak bujang saya x nak rendang yang lain..
rendang daging masak hitam juga pilihan anak-anak..


Rendang Daging Masak Hitam Dari Dapur Azmah
Bahannya #
1 kg daging
cili blend ~ ikut kepedasan sendiri
6 biji bawang besar ~ lg byk lg sedap
5 ulas bawang putih
sedikit halia
6 batang serai
semua bhn td di goreng dahulu dn blend
2 sudu teh rempah biji ( ketumbar )
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
rempah td di sangai dulu ~ blend kering
1 biji kelapa ~ utk kerisik
1 cawan santan pekat
1 cawan kisap manis ~ klu kurang warna tmbh lg
sedikit gula melaka@kabung
air asam secukupnya
garam dn perasa
Caranya #
1-potong daging dn basuh
2-klu suka perapkan daging dgn bahan2 semuanya ~ bhn blend selama 1 jam
3- panaskan kuali bubuh semua bahan tadi masak hingga daging lembut
4-bubuh kerisik,kicap,gula ,air asam,santan dn perasa
5 bila kuah tu agak pekat dh cukup perasanya tutup api..

RENDANG DAGING HITAM



perrggghh!!! masih dalam kuali nak tunggu kering sikit.



nie rupanya..

HOMEMADE CHICKEN CHOP

2 comments

HOMEMADE CHICKEN CHOP

selamat malam semua..hari nie 13/10/2013 tukar menu western..bila anak2 berkumpul jadi menu pun tukar selera.rasa berbaloi,puas hati bila kita buat sendiri.bestttt!!!!

sos lada hitam
resepinya 
bahan2nya:
# 2 biji buah tomato
# sebij bwg besar ~ saiz yg besar
# 2 bhn tadi ~ di blend
# 3 sd mkn sos tomato
# 3 sd mkn sos cili
# 3 sd mkn sos tiram
# 3 sd mkn sous manis pedas ~ brand ABC
# gula perang atau gula pasir secukupnya
# 1 kiub ayam
# 2 sd mkn serbuk lada hitam
# 2 sd mkn margerin atau butter
# tambah air jika perlu
# garam secukup rasa
caranya:
# satukan semua bahan blend dengan semua sos
# bubuh juga gula,butter dan kiub
# masak dengan api perlahan lebih kurang 1 jam
# tambah air jika perlu
# perasakan semua dah Ok dan kuah sos agak pekat
# padam api..dah siap mudah jer


Wow!!! ayam goreng chicken chop
resepinya
bahan2nya:
# beberapa ketul ayam ~ bahagian isinya
# sedikit bwg putih
# sedikit halia
# tumbuk bhn 2 tadi
# sedikit sous manis ~ brand ABC
# sedikit sos tiram
# garam secukupnya
# sedikit tepung gandum + tepung jagung
caranya:
# bahan tumbuk tadi di gaul dengan ayam
# selepas tu perap seberapa lama yang boleh
# sebelum goreng golekkan ayam dengan ke dua tepung
# selamat mencuba


menyeleraaakan sungguh!!! coslow salad

resepinya
bahan2nya:
# kobis ~ racik halus atau sagat
# carrot ~ racik halus atau sagat
# air perahan limau kasturi
# margonis secukupnya
cara2nya:
# satukan semua bahan2 racik
# bubuh margonis dan perahan air limau
# kacaukan serata..mudahkan 

ini rupa ayam yang di perap

set chicken chop

akhirnya menjadi chicken chop berselera keluargaku menjamu selera..Alhamdulillah





SUP SAYUR

0 comments

SUP SAYUR

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
mula2 dulu x pandai sangat buat sup sayur hasil kongsi dengan kawan2.untung dapat kawan2 pun x kedekut ilmu masakan..jom tengok resepi saya ..

sedap hirup kuah sup slurrppp!!!

SUP SAYUR
BHNNYA
3 batang sawi jepun
1 batang carrot # saiz kecil
1 mangkuk kecil isi ayam
2 sd mkn serbuk sup ( adabi )
sedikit bebola
sebiji bwg besar
3 ulas bwg putih
2 bhn tu # di tumbuk
garam dn perasa cukup rasa
air secukupnya
CARANYA
# tumis bhn tumbuk spai wangi
# masukkan isi ayam,biar spai masak
# masukkan air ikut sukatan sendiri
# bila air dh mendidih
# bubuh sayur2 dn berbola
# perasa semua dh OK..siap utk di hidang



 best hirup kuahnya!!!!!

biar kuahnya banyak baru best.!!!!

CEKODOK CARROT

2 comments

CEKODOK CARROT


selamat petang semua..cuaca sejuk petang 10/10/2013..betul2 mengancam perutku lapar mula lah merancang nak makan..terjah kat dapur tengok apa yang ada..

Bahannya
1/2 kg tepung gandum
1/2 batang carrot # di sagat halus
sebiji kentang saiz besar # di sagat halus
sebiji bwg besar # racik
sedikit ikan bilis
garam,air secukupnya
Caranya
# satukan bhn2 sagat,bwg,ikan bilis,air,garam dn tepung
#kacau serata,biar bancuhan tu cair sikit
# goreng biar garing2..dah siap boleh cicah sos cili..

KEK BATIK MARRIE

2 comments

KEK BATIK MARRIE

kegemaran anak2 zaman IT..kalau ada jer bubuh coklat anakku memamg suka..nie lah hasil sentuhan air tangan anak bongsu.


baru hari nie kesempatan nak kongsi resepi...hasil kerja tangan anak ...

KEK BATIK BISKUT MARIE

BAHANNYA
300 gm biskut marie
250 gm margerin/buttercup
1 tin susu pekat manis
1 cwn milo
3 sd mkn serbuk koko
CARANYA
Cairkan margerin di dalam kuali/periuk.
Setelah margerin cair, masukkan milo,koko dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul

Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih, Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.
Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat.
Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi.
Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam. Sedia di makan! 

RESEPI KARI AYAM

0 comments

RESEPI KARI AYAM

sarapanku pagi selasa 8/10/2013
lempeng nama yang x boleh di pisahkan makanan dari zaman ibubapa kita hingga kini..
cicah lempeng dengan kari ayam sememamg sesuai..sedap siap hirup kuahnya...

BHNNYA
sebelah ekor ayam # potong ikut suka
2 senduk penuh rempah kari
2 sd mkn cili blend
1 biji bwg besar # boleh lebihkan lg sedap
4 ulas bwg putih
sedikit halia
santan pekat
rempah tumis # kulit kayu manis,bunga lawang
kuib ayam,garam dn perasa
buah tomato,kentang
daun kari
CARANYA
tumbuk bhn2 lepas tu di tumis,masukkan rempah tumis
masukkan cili,rempah kari tumis spai garing,kuib ayam
masukkan daun kari.ayam kecutkan ayam dulu
masukkan santan,kentang dn tomato
perasa semua dh OK tutup api

DONAT & PAU SAMBAL

0 comments

DONAT & PAU SAMBAL

Assalamualaikum selamat pagi semua..ketika ini rakan2 
terfikir apa nak buat sarapan untuk keluarga..donut dan pau goreng inti sambal pilihan kami kalau suka pedas mkn pau goreng sambal..jom intai2 resepi saya..
tak rugi kita minat dan belajar dari kawan2 nie lah hasilnya yang saya dapat..Alhamdulillah


BAHANNYA
3 cwm tpg gandum
1 cwn tepung naik sendiri 
3 sd mkn penuh margerin
2 sd mkn susu pekat manis
2 sd mkn serbuk mauripan
air secukupnya @ sy agak2 jer
CARANYA
gaul tpg dgn margerin
serbuk mauripan campur susu dn air kacau rata
tuangkan dlm tepung td,gaul dn uli hingga tepung x melekat pd tangan
biarkan adunnan naik,baru di bentuk
bila dh habis doh td di bentuk tunggu sekali lagi naik bru di goreng..

RESEPI KEK PELANGI

0 comments

RESEPI KEK PELANGI

salam subuh buat rakan2 semua..minggu depan pada hari selasa kita akan menyambut hari raya haji atau raya korban..masing2 pasti tercari2 apa hidangan yang nak di buat untuk keluarga..jom kongsi resepi saya..
kek pelangi,kek belang nama yang sama..banyak2 di antara nama kek ,kek nie tetap jadi pilihan keluarga kami.

~ kek pelangi ~ resepi Azmah Tarmizi ~
bhnnya
250 gm margerin daisy
280 gm gula ising
300 gm tpg naik sendiri ~tk kisah jenis apa
1 sudu kfc baking powder
1 sudu mkn esen vanila
6 biji telur
perwrn merah,hijau atau ikut suka masing2
caranya
1-pukul margerin dgn gula spai kembang.masukkan telur dan esen di pukul seketika
2-masukkan tpg,baking powder,di pukul hingga serata dan boleh lah adunan di bahagi 3 kaler,wrn asal merah dn hijau
3-mulakan melapis sehingga adunan habis,bakar 45 minit spai masak suhu 180c

RESEPI RENDANG KERANG

2 comments

RESEPI RENDANG KERANG

sebelum nie resepi rendang kerang saya dah kongsi kat fb saya..rendang kerang memang selera di buatnya makan lak dengan nasi putih panas2 alahaiii dah terliurrr..hehehe


BHNNYA

2 kilo kerang # rebus # kopek
sesenduk cili blend
2 sd mkn serbuk cili # klu suka
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia+kunyit hidup
2 cawan santan pekat
2 sd mkn kerisik
3 batang serai # di ketuk/blend
sehelai daun kunyit # di siat2
garam +aji secukupnya

CARANYA
blend bahan yang bertanda*..satukan dengan cili,serbuk cili,santan..didihkan seketika..bila kuah santan dah mendidih letak kerang,serai,kerisik..kacau2 serata..perasakan,letak daun kunyit..tutup api..

RESEPI KUAH ROJAK

0 comments

RESEPI KUAH ROJAK

teringat zaman dulu2 waktu sekolah lagi..nampak jer mamak jual rojak mesti nak beli suka sangat..sampai mamak tu pun dah kenal sah tengok jer muka saya senyum dalam hati dia mesti berkata2 budak nie nak beli rojak lah tuuu..seronok bila di ingat kembali kemanisan zaman keanakan dan remaja..
sekarang bila dah berkahwin suami dan anak2 pun peminat rojak..dari situ saya mula belajar..


# BHNNYA
2 cwn kacang tanah # siap di goreng
sesenduk cili blend
3 biji bwg besar # di blend
2 cwn pekat air asam
1 1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
garam secukupnya
3 biji kentang # di rebus
15 keping biskut marie # di blend dgn kentang yg di rebus td

# CARANYA
bwg di blend dan tumis spai garing,bubuh cili tumis hingga cili tu masak baru bubuh gula,air asam,kacang,biskut dn kentang yg di blend...kacau2 kuah tu rasa asam,manisnya dn garam..tutup api..

## SELAMAT MENCUBA ##



RESEPI SOS LADA HITAM

0 comments

RESEPI SOS LADA HITAM


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
mula2 rasa macam susah sangat nak buat sos lada hitam
bila dah belajar dari kawan rasa senang mudah seronok
nak mencuba buat sendiri..jom tengok resepi saya..



BAHAN2 NYA

4 sd mkn cili sos
2 sd mkn sos tiram
3 sd mkn kicap pekat @ ikut klu suka sos tu warna hitam boleh tmbh lg
2 sd mkn serbuk lada hitam
sebiji bawang besar + sebiji tomato ~ di blend
1 cawan air
1 sd mkn tepung gandum
2 sd mkn minyak jagung/butter
1 kiub ayam


CARA2 NYA

blend bawang dgn tomato satukan dengan bahan2 yang lain di masakkan guna api slow..seperti kita masak cili sos mudah jer..

PAPRIK SOTONG

0 comments

PAPRIK SOTONG

tengok jer lauk paprik,x kisah bubuh perencah apa..alahai sememang teruja sangat x jemu,lebih lagi saya suka berkuah sikit siap hirup sekali baru ada kepuasan

RESEPI,
PAPRIK SOTONG
BAHAN-BAHAN
1/2 kg sotong # potong ikut citarasa
6 biji cili api *
4 ulas bawang putih *
sebiji bawang besar *
5 sd mkn cili blend
4 sd mkn cili sos
4 sd mkn tomato sos
3 sd mkn sos tiram
sayur > ikut citarasa sendiri
gula,garam,perasa
sedikit air # kalau perlu
bawang besar # untuk tabur
daun limau purut
CARA-CARA
bersihkan sotong,tumbuk bahan bertanda *tumiskan sampai wangi
bubuh cili blend,di ikuti bahan sos yang lain
bubuh sotong,gula,perasa..bila sotong dah kembang bubuh sayur..bila kuah dah pekat tabur bawang dan daun limau
siap untuk di hidang.






TOMYAM AYAM

0 comments

TOMYAM AYAM

TOMYAM AYAM

BAHAN-BAHAN
1 mangkuk sedang ayam # di potong
2 kiub tomyam
2 sudu makan cili blend
3 ulas bawang putih # tumbuk pecah kasar
bawang ikut masing2 # lagi banyak pun sedap # potong 6
sayur > cendawan + carrot
6 biji cili api # buat tabur biarkan sebiji2
air secukupnya
tomato
air limau secukupnya
perasa
daun limau purut
4 batang serai # di ketul

CARA-CARA
basuh ayam bubuh dalam periuk
bubuh air,bila mendidih letak serai,kuib,cili blend,bwg putih
biarkan kuah tu mendidih bubuh sayur dn perasa..
akhirnya bubuh tomato,bwg,daun limau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes