PAPRIK DAGING

PAPRIK DAGING


Resepi ~ Dari Dapur Azmah

Bahan-bahannya
800 gram daging ~ potong nipis ~ rebus sampai empuk
2 senduk cili kisar ~ kurangkan jika tak suka pedas
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
5 biji cili api ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
sebiji bawang besar ~ di tumbuk lumat
2 biji bawang besar ~ potong bulat tapi nipis
1 mangkuk kecil bunga kobis ~ potong sekuntum-sekuntum
sebatang carrot ~ potong anggaran 1 inci
5 batang kacang panjang ~ potong anggaran 1 inci
gula,garam dan perasa secukupnya
daun limau purut secukupnya

Cara-caranya
daging di rebus hingga empuk,toskan..simpan air rebusan tadi,kerana akan di gunakan dalam masakan ini.
panaskan minyak,tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau.
masukkan cili kisar di tumis garing,lalu bubuh sos tomato,sos cili dan sos tiram..tumiskan seketika
baru lah masukkan daging di kacau dan di masak sekejap..
tambahkan air rebusan tadi.dan.bubuh sayur-sayur yang di potong tadi di kacau hingga sayur lembut
tambah perasa secukupnya,boleh bubuh bawang yang di potong bulat tadi dan daun limau purut
di kacau sekejap dan perasa semua dah ok.boleh lah.padam api,mudahkan..hidangkan dengan nasi panas. 






4 comments:

  1. salam kak..

    sedap nampak paprik daging tu..terasa lapar perut ni tengok..terliur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Bbwana..terima kasih,kak dh lama x masak lauk nie.

      Padam
  2. kak ruby dah lama tak masak paprik daging, dpt idea baru ni azmah.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. lauk nie sedap mkn dgn nasi putih,x payah masak lain sbb dh lengkap ada sayur2nya..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes