NASI KERABU

NASI KERABU






Terima kasih kepada Rozilah Abdullah kongsi resepi Nasi Kerabu..yang sedappppp!!!!

NASI KERABU 
(ini style saya)

NASI

4 pot beras (saya guna beras Siam Serindit) ~ ( kak guna beras putih yasmine super 5 )
5 pot air - bergantung kepada beras masing2
3 helai daun limau purut - koyak2
3 helai daun pandan - simpul
Sedikit pewarna biru

Cara

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan sedikit pewarna biru.

SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor ikan kembung @ ikan sardin
5 biji bawang merah
sehiris halia
1/2 biji kelapa
3 batang serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
garam
gula (saya suka guna gula nisan)

Cara

1) Goreng kelapa seperti buat kerisik tu tp jangan terlalu garing.
2) Kemudian tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering je) tetapi jangan sampai pecah minyak.
3) Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi ikan itu seperti kapas.
4) Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat dan sebati.
5) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan garamnya. Ketepikan.


TUMIS (Kuah nasi kerabu)

Santan pekat dari sebiji kelapa
10 tangkai cili kering
5-8 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 batang serai - di ketuk
2 keping asam gelugur
sedikit minyak utk menumis


CARA

1) Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai.
2) Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan masak cilinya. 3) Masukkan serai yg diketuk tadi bersama2 santan.
4) Masukkan asam keping, gula dan garam.
5) Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak.


SOLOK LADA ~ ( kak tak sempat buat )

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula
¼ cawan santan pekat

CARA

1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.


IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


CARA

1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

ULAM-ULAMAN ~ ( kak ikut apa yang ada kat rumah )
- kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 batang bungan kantan
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
beberapa helai pucuk serai kayu (daun salam)
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk - jika suka
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya


CARA HIDANG

1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada), kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin,keropok goreng, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes