BROWNIES KUKUS KEJU

2 comments

BROWNIES KUKUS KEJU

Resepi Dari Dapur Azmah

Bahan Kek
200g gula aising
130g tepung gandum
50g serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
3 bahan tadi di ayak bersama
170g minyak masak
120g coklat masakan ~ di cincang
50g susu pekat manis
10g ovallate
5 biji telur ~ gred A
1/2 sudu teh emulco coklat
1/2 teh esen vanila

Bahan Kek Keju
500g krim keju
130g gula aising
4 biji telur ~ gred A

Cara-Caranya
sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh.jerangkan hingga mendidih
griskan acuan 4 segi berukuran 8 x 8 inci.lapik dengan kertas serap minyak
masak coklat masakan secara double-boiler.apabila cair masukkan minyak masak dan digaul sebati sejukkan
satukan telur,gula aising dan ovallate dalam mangkuk adunan.pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu selama 10 minit
masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau berselang-seli dengan adunan coklat masakan tadi
kemudian masukkan susu pekat manis,emulco coklat dan esen vanila.gaul hingga sebati
tuangkan adunan dalam acuan 8x8 inci.kukus selama 20 minit hingga masak

Kek Keju
pukul krim keju dan gula aising hingga kembang.masukkan telur di pukul lagi hingga sebati
tuangkan adunan krim keju atas kek coklat yang sudah tadi.
tutup acuan kek dengan kertas aluminium foil atau kain putih supaya air wap tidak menitik.
kukus semula selama 30 minit..gunakan api besar..

Tip.
sejukkan kek pada suhu bilik sebelum di masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam
krim keju @ cream cheese boleh di beli di pasar raya atau kedai bakeri









KUIH KARIPAP MINYAK

2 comments

KUIH KARIPAP MINYAK



Resepi ~ Maizura ( Rakan FB ) ~ terima kasih kongsi resepi kulit karipap yang rangup dan garing..sedappp!!!

Bahan Doh
1/2 kg tepung gandum
sedikit garam di gaul bersama
1/2 cawan minyak
air sejuk dalam peti ais secukupnya

Cara-Caranya
panaskan minyak dahulu
dah panas tuangkan dalam tepung campur garam sekali
gaul guna senduk kayu hingga rata
masukkan sedikit-sedikit air sejuk,gaulkan
uli sehingga menjadi doh yang tidak lekat pada tangan
canai dan guna acuan,isikan inti sekali
buat sampai habis
goreng hingga kekuningan
angkat dan toskan
# kalau nak enak tambahkan 1 sudu besar planta dalam minyak #

Bahan Inti Karipap
Resepi ~ Dari Dapur Azmah

Bahan-Bahannya
1 mangkuk besar kentang ~ potong dadu
1 mangkuk kecil daging kisar ~ ramly
2 biji bawang besar ~ di tumbuk & di blend
4 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan cili blend
sedikit daun kari
gula,garam dan air secukupnya

Cara- Caranya
cuci kentang dan toskan,tumis bahan tumbuk hingga garing
masukkan cili,rempah di tumis seketika
masukkan daging kisar di kacau seketika
baru masukkan kentang,daun kari
masak sampai kentang empuk,boleh tambah air jika kentang masih x lembut
bubuh gula dan garam secukupnya..kalau perasa semua dah ok..boleh padam api.








NASI KERABU

0 comments

NASI KERABU






Terima kasih kepada Rozilah Abdullah kongsi resepi Nasi Kerabu..yang sedappppp!!!!

NASI KERABU 
(ini style saya)

NASI

4 pot beras (saya guna beras Siam Serindit) ~ ( kak guna beras putih yasmine super 5 )
5 pot air - bergantung kepada beras masing2
3 helai daun limau purut - koyak2
3 helai daun pandan - simpul
Sedikit pewarna biru

Cara

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan sedikit pewarna biru.

SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor ikan kembung @ ikan sardin
5 biji bawang merah
sehiris halia
1/2 biji kelapa
3 batang serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
garam
gula (saya suka guna gula nisan)

Cara

1) Goreng kelapa seperti buat kerisik tu tp jangan terlalu garing.
2) Kemudian tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering je) tetapi jangan sampai pecah minyak.
3) Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi ikan itu seperti kapas.
4) Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat dan sebati.
5) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan garamnya. Ketepikan.


TUMIS (Kuah nasi kerabu)

Santan pekat dari sebiji kelapa
10 tangkai cili kering
5-8 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 batang serai - di ketuk
2 keping asam gelugur
sedikit minyak utk menumis


CARA

1) Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai.
2) Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan masak cilinya. 3) Masukkan serai yg diketuk tadi bersama2 santan.
4) Masukkan asam keping, gula dan garam.
5) Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak.


SOLOK LADA ~ ( kak tak sempat buat )

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula
¼ cawan santan pekat

CARA

1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.


IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


CARA

1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

ULAM-ULAMAN ~ ( kak ikut apa yang ada kat rumah )
- kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 batang bungan kantan
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
beberapa helai pucuk serai kayu (daun salam)
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk - jika suka
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya


CARA HIDANG

1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada), kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin,keropok goreng, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung.

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB

2 comments

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB


Terima kasih kepada Blog Cikgu Suraya kongsi resepi kek yang sedap..

AYAM GORENG KUNYIT

0 comments

AYAM GORENG KUNYIT



Resepi Dari Dapur Azmah..

Bahan-bahannya
sebelah ekor ayam ~ potong kecil
4 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sedikit halia
semua bahan tu di tumbuk lumat
3 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit @ di satukan,gaul rata,perap 1/2 jam
10 biji cili api ~ bubuh sebiji-sebiji
2 biji cili merah ~ potong ikut suka
1 kuib ikan bilis
semangkuk kecil kubis bunga
sebatang carrot ~ potong memanjang
garam secukupnya
sebiji bawang besar ~  untuk tabur
sedikit air

Cara-caranya
panaskan minyak,bubuh terus ayam yang di perap tadi,masak sampai ayam tadi empuk
tambah sedikit air jika ayam masih tak lembut..boleh lah bubuh kuib ikan bilis,sayur di masak seketika
masukkan cili api,cili merah,perasa dan bawang besar..di kacau sekejap..kalau perasa semua dah ok..
boleh tutup api..mudahkan..makan dengan nasi panas..sedappppp!!!



KARI IKAN MAYONG

0 comments

KARI IKAN MAYONG


Resepi Dari Dapur Azmah..

Bahan-bahannya
2 keping ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar ~ di potong 2
2 paket kecil rempah kari ikan
1 sudu makan cili blend ~ kalau suka pedas boleh tambah
1 biji bawang besar ~ bersaiz besar
4 ulas bawang putih
sedikit halia
semua bahan tu ~ di tumbuk
1 kiub ikan bilis ~ kalau nak letak
santan pekat ~ dari sebelah biji kelapa
2 biji tomato ~ di belah
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kecil halba
sedikit daun kari
garam,gula secukupnya
sayur ikut citarasa sendiri

Cara-caranya
ikan mayong di perap dengan asam jawa atau limau kasturi dalam 10 minit..pastu cuci dan ketepikan..
tumis semua bahan tumbuk sampai wangi,masukkan halba,daun kari..pastu masukkan cili blend dan rempah.
tumis rempah hingga garing..masukkan air asam,kiub ikan bilis,santan
bila santan dah mendidih bubuh ikan dan perasa secukupnya
akhir masukkan tomato..kacaukan sekejap..boleh tutup api..dah pun siap

kari kosong jer dah kehabisan sayur dalam peti ais..





ROJAK MAMAK

2 comments

ROJAK MAMAK




Bahan Cucur
500 g tepung gandum
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
garam,air secukupnya
bancuhan tepung jangan cair nanti cucur leper


Cara-Caranya
 satukan semua bahan,perap 1 jam baru lah di goreng

Bahan Kuah
300 g keledek ~ rebus dulu sampai empuk
1 senduk penuh cili blend
3 biji bawang besar ~ di blend
2 cawan kacang tanah ~ di goreng ~ di kisar halus
1 cawan gula merah
1 cawan gula
1 cawan air asam jawa
garam secukupnya
1/2 cawan minyak

Cara- Caranya
keledek di rebus pastu di blend..panaskan minyak tumis bawang dengan cili sampai garing
masukkan air asam,di ikuti gula,kacang dan garam secukupnya
kacau selalu kuah supaya tidak berkerak
boleh tambah air kalau kuah terlalu pekat
rasa lah masam,manis kuah,boleh di adjust ikut selera sendiri

Bahan Tambahan
telur ~ di rebus
taugeh ~ di celur
timun ~ potong memanjang
sengkuang ~ potong memanjang
tauhu ~ di goreng ~ potong ikut suka






IKAN BILIS MASAK TAUCU

0 comments

IKAN BILIS MASAK TAUCU



Bahan-bahannya
semangkuk ikan bilis ~ di belah ~ di goreng dulu
3 sudu makan taucu
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu makan gula
2 biji bawang besar ~ di hiris
2 biji bawang putih ~ di hiris
sedikit halia ~ di hiris
2 biji cili merah ~ di hiris
boleh tambah cili api ~ kalau suka pedas
garam ~ kalau taucu dah masin x perlu tambah

Cara-caranya
goreng ikan bilis ketepikan dulu
tumis bahan hiris sampai garing
masukkan taucu,air asam dan gula..di suaikan rasa masin,manisnya
akhirnya masukkan ikan bilis,di gaul rata,dan boleh lah di hidang
mudah jer..senangkan..



LAKSAM DAN LAKSA KELANTAN

2 comments

LAKSAM DAN LAKSA KELANTAN


Terima kasih kepada Azie Kitchen atas perkongsian resepi laksam yang sedap..
Laksam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam


Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam





DAGING MASAK KICAP

2 comments

DAGING MASAK KICAP



DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahannya
1 kilo daging ~ potong dan di rebus hingga empuk
1 senduk besar cili blend
1 sudu besar lada hitam ~ di blend kering
1 sudu besar jintan manis ~ di blend kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit halia
semua bahan tadi di blend atau di tumbuk
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
kicap manis secukupnya
kicap pekat ~ jika perlu
air asam jawa
garam dan aji
sedikit kentang ~ ikut sukatan sendiri ~ potong ikut suka
bawang besar dan cili merah ~ untuk hiasan

Cara-caranya
rebus daging sampai lembut ambil air rebusannya
tumiskan cili,. bahan blend sampai wangi,masukkan serbuk lada hitam,serbuk jintan manis.kulit kayu manis,bunga lawang,masak seketika
masukkan kentang bersama air rebusan daging tadi,biarkan kentang empuk
kemudian bubuh daging,kicap secukupnya dan air asam
bubuh garam,aji dan biarkan kuah kicap tadi pekat
boleh lah letak bawang dan cili merah,di kacau seketika..boleh lah tutup api..



IKAN MAYONG ASAM PEDAS

2 comments

IKAN MAYONG ASAM PEDAS



IKAN MAYONG ASAM PEDAS

Bahan2nya
4 keping ikan mayong
2 senduk besar cili blend ~ kurangkan jika x suka pedas
2 biji bawang besar ~ bubuh banyak lagi sedap
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang serai
semua bahan2 tu di blend
sedikit belacan
air asam secukupnya
gula,aji dan garam secukupnya
Cara2nya
tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing,masukkan cili blend,belacan.masak seketika
masukkan air asam secukupnya di ikuti ikan sertakan gula,aji dan garam
kalau semua dah Ok..padamkan api..mudah jer..

# boleh bubuh sayur ikut selera sendiri #



KURMA TELUR

0 comments

KURMA TELUR




Kurma Telur ~ Resepi Azmah Tarmizi

Bahan2nya
7 biji telur ~ rebus dulu di kupas kulitnya
sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
bahan2 tu di tumbuk
1 1/2 bungkus paket kecil rempah kurma @ rempah adabi
1 sudu makan rempah kari ayam
1 sudu kecil lada putih ~ di blend kering ~ klu nak letak
1 sudu makan kacang tanah tumbuk ~ klu nak letak
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
santan pekat
sedikit air asam jawa
3 biji ubi kentang ~ di belah
2 biji tomato ~ di belah
sebiji bawang besar ~ di potong 4
cili merah ~ hiasan
garam,gula dan aji secukupnya

Cara2nya
tumiskan bahan tumbuk sampai garing,masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,lada putih, rempah kurma dan rempah kari
bila rempah dah garing masukkan kentang,biarkan kentang empuk sikit,baru letak santan dan air asam
bila kuah dah mendidih bubuh telur,kacang tanah,tomato dan cili merah
perasakan semua dah Ok..tutup api




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes