SAMOSA

2 comments

SAMOSA


Sumber Resepi Dari..

http://ciktiemah.blogspot.com/2012/07/resepi-masakan-kuih-samosa-yang-sedap.html
Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah

Bahan-bahan:

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
INTI:
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Inti: Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.
Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
samosa:Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas


Blogger Tricks

POPIA GORENG

4 comments

POPIA GORENG


Sumber Resepi Dari Blog ...
http://qaseyhoney.blogspot.com/2012/02/popia-goreng.html

Bahan-Bahannya
Inti popia
Kulit popia
Tepung gandum + air ~ untuk lekatkan popia

Inti..
Bahan-Bahannya
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang ~ saiz sederhana
1/2 biji timun ~ di buang biji
garam secukupnya

Cara-Caranya
Keluarkan kulit popia dari peti sejuk beku dan di balut kain tuala basah ( supaya tidak kering )
Lobak merah,timun dan sengkuang di potong memanjang dan halus.
Semua bahan inti di tumis seketika dan di tambah sedikit garam.
Angkat..
Bila inti sudah sejuk boleh lah mula mengulung...
Setelah siap mengulung popia boleh lah di goreng...

Cara Mengoreng..
Pastikan minyak di panaskan terlebih dahulu...lagi satu pastikan minyak banyak dan di biarkan popia tu berenang - berenang kat dalam kuali...kemudian baru masukkan popia satu persatu..tapi jangan masukkan terlalu banyak..nanti lambat masak dan minyak akan menyejuk pula..goreng macam biasa dengan api sederhana..rajin balik- balikkan untuk warna yang sekata..bila dah agak kekuningan atau keemasan...angkat dan toskan...

Sos ~ ikut resepi saya sendiri

Bahan - Bahannya
1 senduk besar cili blend
1/2 senduk sos tomato
air,gula dan garam secukupnya

Cara - Caranya
Leburkan ( tak perlu di tumis ) semua bahan - bahan seperti cili blend,sos tomato.tambahkan air secukupnya
bila dah mendidih bubuh gula dan garam secukupnya...bila sos agak pekat..dah terasa semuanya..boleh lah tutupkan api..dah siap..mudah jer..








KUIH SERIMUKA

0 comments

KUIH SERIMUKA

Sumber resepi Dari Blog Rohaisha

Bahan- Bahan
Bahan Lapisan Bawah
300 gm beras pulut..cuci rendam 1 jam
2 cawan santan
sedikit garam

Cara Menyediakan
1-Tapiskan / toskan beras pulut,kemudian griskan loyang dengan minyak..gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan..( ukuran santan hendak lah separas dengan beras pulut )
2- Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
1 biji telur ( resepi asal x letak telur )
2 sudu besar jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara Menyediakan
1- Satukan kesemua bahan dan blendkan ( saya kacau guna whisk je )
2- Angkat pulut yang di kukus tadi dan kacau alih..kemudian alihkan ke dalam loyang yang berukuran 8" yang di alas dengan plastik
3- Tekan-tekankan pulut agar padat..carikkan sedikit permukaan pulut dengan mengunakan garfu
4- Tuangkan adunan yang di blend tadi ke atas pulut..kemudian tutup dengan foil
5- Kukuskan selama 40 atau 45 minit
6- Biarkan sejuk baru di potong




KUIH TEPUNG TALAM

2 comments

KUIH TEPUNG TALAM

Sumber resepi dari Dari Dapur Maisya

Lapisan Bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna pandan

Cara-Caranya
1- masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas
2- tuangkan air daun pandan..kacau rata
3- tuangkan santan cair..kacau hingga sebati
4- tambahkan pewarna
5- tuangkan adunan  ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit

* jika selepas masak,ada air bertakung atas kuih nie,buangkan air tu dulu sebelum di tuang lapisan bahagian atas pulak.*

Lapisan Atas
2 1/2 cawan santan pekat ( dari sebiji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara- Caranya
1- masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas
2- tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati
3- tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit
4- sejukkan sebelum di potong


CUCUR KENTANG

0 comments

CUCUR KENTANG

Resepi Dari ~ Dapur Azmah

Bahan-bahannya
500 gram tepung gandum
sebiji kentang ~ di potong dadu
1/2 biji carrot ~ di potong dadu
2 biji bawang besar
sedikit ikan bilis ~ di kisar bersama bawang
garam dan air secukupnya

Cara-caranya
satukan tepung bersama kentang,carrot dan ikan bilis yang telah di kisar bersama bawang tadi
garam di larutkan dengan sedikit air panas,lalu bubuh ke dalam bancuhan tepung
tambah air sehingga bancuhan tepung rata..agak-agak jangan terlalu cair,nanti cucur tadi leper..
boleh lah di goreng..cicah dengan cili sos memang sedap..

Bahan untuk sos
2 senduk cili giling puteri
3 sudu makan sos tomato puteri
2 sudu makan kacang tanah ~ di goreng dan di kisar kering
gula,air dan garam secukup rasa

Cara-caranya
satukan cili dengan sos,masakkan atas dapur@tidak perlu di tumis..leburkan jer
bila cili dah mendidih bubuh gula,air dan garam secukupnya
bubuh kacang lalu di kacau sekejap..
bila sos tadi agak pekat,dah terasa kesemuanya..boleh lah tutup api..senangkan





PAPRIK DAGING

4 comments

PAPRIK DAGING


Resepi ~ Dari Dapur Azmah

Bahan-bahannya
800 gram daging ~ potong nipis ~ rebus sampai empuk
2 senduk cili kisar ~ kurangkan jika tak suka pedas
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
5 biji cili api ~ tumbuk kasar
3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar
sebiji bawang besar ~ di tumbuk lumat
2 biji bawang besar ~ potong bulat tapi nipis
1 mangkuk kecil bunga kobis ~ potong sekuntum-sekuntum
sebatang carrot ~ potong anggaran 1 inci
5 batang kacang panjang ~ potong anggaran 1 inci
gula,garam dan perasa secukupnya
daun limau purut secukupnya

Cara-caranya
daging di rebus hingga empuk,toskan..simpan air rebusan tadi,kerana akan di gunakan dalam masakan ini.
panaskan minyak,tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau.
masukkan cili kisar di tumis garing,lalu bubuh sos tomato,sos cili dan sos tiram..tumiskan seketika
baru lah masukkan daging di kacau dan di masak sekejap..
tambahkan air rebusan tadi.dan.bubuh sayur-sayur yang di potong tadi di kacau hingga sayur lembut
tambah perasa secukupnya,boleh bubuh bawang yang di potong bulat tadi dan daun limau purut
di kacau sekejap dan perasa semua dah ok.boleh lah.padam api,mudahkan..hidangkan dengan nasi panas. 






BROWNIES KUKUS KEJU

2 comments

BROWNIES KUKUS KEJU

Resepi Dari Dapur Azmah

Bahan Kek
200g gula aising
130g tepung gandum
50g serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
3 bahan tadi di ayak bersama
170g minyak masak
120g coklat masakan ~ di cincang
50g susu pekat manis
10g ovallate
5 biji telur ~ gred A
1/2 sudu teh emulco coklat
1/2 teh esen vanila

Bahan Kek Keju
500g krim keju
130g gula aising
4 biji telur ~ gred A

Cara-Caranya
sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh.jerangkan hingga mendidih
griskan acuan 4 segi berukuran 8 x 8 inci.lapik dengan kertas serap minyak
masak coklat masakan secara double-boiler.apabila cair masukkan minyak masak dan digaul sebati sejukkan
satukan telur,gula aising dan ovallate dalam mangkuk adunan.pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu selama 10 minit
masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit-sedikit sambil di kacau berselang-seli dengan adunan coklat masakan tadi
kemudian masukkan susu pekat manis,emulco coklat dan esen vanila.gaul hingga sebati
tuangkan adunan dalam acuan 8x8 inci.kukus selama 20 minit hingga masak

Kek Keju
pukul krim keju dan gula aising hingga kembang.masukkan telur di pukul lagi hingga sebati
tuangkan adunan krim keju atas kek coklat yang sudah tadi.
tutup acuan kek dengan kertas aluminium foil atau kain putih supaya air wap tidak menitik.
kukus semula selama 30 minit..gunakan api besar..

Tip.
sejukkan kek pada suhu bilik sebelum di masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam
krim keju @ cream cheese boleh di beli di pasar raya atau kedai bakeri









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes