KUIH TEPUNG TALAM

KUIH TEPUNG TALAM

Sumber resepi dari Dari Dapur Maisya

Lapisan Bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna pandan

Cara-Caranya
1- masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas
2- tuangkan air daun pandan..kacau rata
3- tuangkan santan cair..kacau hingga sebati
4- tambahkan pewarna
5- tuangkan adunan  ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit

* jika selepas masak,ada air bertakung atas kuih nie,buangkan air tu dulu sebelum di tuang lapisan bahagian atas pulak.*

Lapisan Atas
2 1/2 cawan santan pekat ( dari sebiji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara- Caranya
1- masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas
2- tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati
3- tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit
4- sejukkan sebelum di potong


2 comments:

  1. sedap ni....rajinnya....
    cantik blog sekarang...hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak kuih nie fav kami sekeluarga lebih lagi tepung talam pandan..laa anak yg buat cantikkan blog maknya..heheee

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes