KUIH KASWI PANDAN

0 comments

KUIH KASWI PANDAN

Bahan2nya;
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 gula pasir
1 cawan santan
1 cawan air pandan ~ daun pandan dlm 5 helai
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur
pewarna hijau ~ jika perlu
kelapa putih ~ gaul sikit garam kukus sekejap utk tahan lama
 

Cara2nya;
blend daun pandan ambil airnya
satukan semua bahan2
kacau serata..tapiskan
sapu sikit minyak pada loyang
tuang bancuhan dalam loyang
panaskan air kukusan
kukuskan selama 1/2 jam hingga masak




AYAM LEMAK CILI API

4 comments

AYAM LEMAK CILI API

selamat petang semua..berselera makan hari ini..x payah lauk lain
masak kampong juga yang sedap..

Resepi; Ayam lemak cili api
Bahan2nya;
sebelah ekor ayam ~ di potong ikut suka
cili api ~ ikut pedas masing2
2 biji bwg besar
4 batang serai
kunyit hidup
semua bahan tu di blend
1 sd kecil serbuk lada hitam
1 kuib ayam
santan pekat
2 helai daun kunyit ~ di siat2
2 biji tomato ~ di belah
perasa, garam secukupnya
Cara2nya;
bersihkan ayam,satukan bhn blend dgn ayam
bubuh dalam periuk,kecutkan dahulu
bila ayam dh separuh masak,masukkan santan
bubuh serbuk lada hitam,kuib,garam secukupnya
bila dh mendidih,bubuh daun kunyit dn tomato
perasakan semua dah Ok padamkan api

# kacaukan santan selalu agar x pecah minyak #


kecutkan ayam dulu




SAMBAL IKAN BILIS TUMBUK

2 comments

SAMBAL IKAN BILIS TUMBUK

aduhhhh bila cerita bak sambal terutama sambal ikan 
bilis..mmg suka sangatttt..yelah dah jadi lauk dari zaman kecil2 lagi..bila arwah mak masak,mesti sambal tu banyak maklum lah kami adik beradik suka.
sekarang nie anak2 lak..kalau masaknya sambal..dok atas dapur lagi mereka dah x sabar nak makan..alahaiiii



wow!!!!!

Resepinya; sambal ikan bilis tumbuk
semangkuk ikan bilis ~ dah di kopek
sesenduk besar cili blend
sebiji bawang besar ~ di tumbuk
sebiji bawang besar ~ untuk tabur
air asam jawa
gula,garam,perasa
Caranya;
mula2 basuh ikan bilis lalu di tumbuk separuh hancur
tumbuk juga bawang,pastu di tumis ke dua bahan tadi
tumis sampai garing,masukkan air asam,perasa secukupnya
bila tengok sambal hampir kering,bubuh bawang kacau2 boleh lah angkat..mudah jerr!

RESEPI IKAN PEKASAM

3 comments

RESEPI IKAN PEKASAM

salam subuh buat kawan2..mula dulu x geti makan ikan pekasam,bila dan berkawan,dah rasa kesedapannya..mula lah tergoda,anak2 pun suka..maknya mula belajar cara membuatnya.


nie rupa proses ikan pekasam yang di gaul bahan perapam..

tengok camne dah rasa x sabar tunggu goreng..wow!!!!

jom tengok resepi:


CARA2 BUAT IKAN PEKASAM ~ Dari Dapur Azmah

BAHAN NYA

ikan ikut suka ~sy guna ikan talapia jer
asam keping
garam kasar
beras~basuh dn goreng tanpa minyak
sedikit gula merah~klu suka

CARA NYA
bersihkan ikan bubuh asam keping dn garam..gaul rata perapkan selama 2 atau 3 hari..boleh letak jer kat luar,tp sy letak dlm peti ais selama 3 hari
selepas tu goreng beras hingga kekuningan..blend beras td dn campur sedikit gula merah,air sikit kacau biar rata..dn gaulkan pd ikan yg telah di perap td..terus simpan semula ikan tu dlm peti ais...tunggu hingga 3 atau seminggu boleh lah di goreng.

RESEPI GORENG PEKASAM
BAHAN2NYA
bawang besar atau bawang merah kecil
cili api boleh juga campur cili merah
perahan air asam limau kasturi
CARA2NYA
ikan di goreng ~ ketepikan
goreng bwg dan cili sampai layu atau garing
masukkan ikan goreng tadi
hancur2kan bubuh perahan air asam
senang jer..


aduhaii berseleraaaaa!!!!!

penambah,penyedap selera makan dengan nasi panas2.pergghhhh!!!!

berbaloi,puas hati bila buat sendiri memandang anak lak suka..biasa saya buat ikan gelama,nie cuba ikan talapia..

LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI

0 comments

LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI

selamat menjamu selera..tentunya kawan2 seronok hari ini cuti banyak lah menu nak masak untuk keluarga..walau apa pun masak sendiri juga yang sedap..kalau malas sekali pun cuma sambal belacan dengan ikan goreng pun dah cukup laju kita makan dengan nasi panas2..lauk nie semalam 19/10/2013 saya buat..line slow sangat baru hari nie nak kongsi..masakan kampong..menu klasik.jommmm


LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI CAMPUR PETAI
SUMBER RESEPI: AZMAH TARMIZI
BAHAN2NYA:
1 ikat besar pucuk ubi ~ rebus letak gula dn garam
5 papan petai
1 mangkuk kecil udang ~ tmbh klu suka
cili api ikut pedas sendiri
sebiji bwg besar
sedikit kunyit hidup
3 batang serai
semua bahan tu di blend
2 senduk penuh tempoyak
2 helai daun kunyit ~ mayang halus
santan pekat
garam dn perasa
CARA2NYA
pucuk ubi yg di rebus di potong
satukan semua bhn blend,bubuh tempoyak
bubuh pucuk ubi,petai,udang santan di kacau rata
kacaukan selalu jangan santan pecah minyak
tambah perasa,bubuh daun kunyit
bila kuah dh pekat..tutup api

tengok dalam periuk dah rasa x sabar nak makan alahaiiii!!!!

aduhhhh!!!

anak perempuan siap hirup2 kuahnya..buat pedas sikit.

SUP DAGING

2 comments

SUP DAGING



selamat tengahari dan selamat menjamu selera..hari nie 18/10/2013..daging korban baru hari ini nak masak..suami suruh masak sup,tengok barang2 semua ada..jom.



wow!!!


Resepi Sup Daging  Dari Dapur Azmah
# BAHAN2nya
# 1/2 kg daging
# 4 sudu mkn rempah serbuk adabi
# 1 sd mkn rempah kurma
# 2 biji bwg besar
# 4 biji bwg putih
# sedikit halia
# bhn2 tu di blend
# 3 biji kentang ~ di belah
# 2 biji tomato ~ belah 2
# 1 sd mkn perasa cukup rasa
# garam secukupnya
# air secukupnya
# daun sup + bawang goreng ~ utk tabur
# Cara2nya
# rebus dulu daging sampai empuk,tmbh air selagi daging x masak
# bila daging dah lembut,tumis bhn2 blend spai wangi dalam kuali
# masukkan 2 rempah di tumis seketika..bila rempah dh masak masukkan sedikit air,kuib dan garam secukupnya
# tuangkan rempah tadi dalam periuk daging di kacau2 biar rata,masukkan kentang
# bila kentang dh lembut bubuh tomato,daun sup dan bawang goreng

# rempah sup tu saya masak secara berasingan saya panggil tumis darat #


KUIH KASWI

2 comments

KUIH KASWI

salam subuh buat kawan2..terlelebih dulu Al Fatihah buat mak dan abah..arwah mak suka sangat dengan kuih kaswi..kuih lama2 klu buat lembik2 sikit senang nak kunyak katanya..


# Kuih Kaswi # Resepi Dari Azmah Tarmizi..

# Bahannya #

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
4 cwn air
1 sd kecil kapur # larutkan dlm air
1 sd kecil garam
kelapa putih+sikit garam utk kuih # kukus sekejap bagi tk basi

# Caranya #

satukan semua bhn2 td bubuh air kacau serata,tapiskan..sapukan loyang sikit minyak tuangkan adunan td..panaskan periuk kukus,dan boleh lah kukuskan kuih selama 1/2 jam.




baru keluar kukusan


wow!!! x pernah jemu



kuih2 lama juga yang sedap x jemu bahan2 pun mudah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • DAPUR AZMAH © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes